Total Pageviews

Saturday, November 20, 2010

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
UNTUK MENYUKAT ISIPADU CECAIR

MATEMATIK TAHUN 2

PENGENALAN.

            Memahami tajuk baru adalah amat sukar terutama bagi murid di Tahap 1. Tajuk Isipadu Cecair dalam Matematik KBSR Tahun 2 merupakan kali pertama murid-murid tahun 2 diperkenalkan kepada isipadu cecair. Tajuk ini tidak diperkenalkan kepada murid-murid semasa mereka di Tahun 1. Ini akan menyebabkan murid-murid mudah keliru dan sukar untuk memahaminya. Adalah menjadi tugas guru untuk membantu dan membimbing murid-murid bagi memahami topik ini dengan harapan agar mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan di dalam kehidupan seharian mereka.


Membandingbeza isipadu cecair merupakan pemahaman baru bagi murid-murid Tahun 2. Oleh itu, ramai di antara mereka yang sering menilai saiz bekas yang mengandungi cecair berbanding dengan isipadu sebenar cecair yang terdapat di dalam bekas-bekas tersebut. Mereka sering memilih sesuatu bekas yang bersaiz besar sebagai pilihan mereka berbanding dengan bekas yang kecil walaupun bekas yang besar itu menakung sedikit cecair berbanding dengan isipadu cecair yang ada pada bekas yang kecil.


Bagi mengatasi kekeliruan ini, guru-guru perlu menjelaskan kepada murid-murid bahawa saiz bekas bukanlah bahan pengukur yang sesuai untuk membandingbeza isipadu sebenar cecair yang terdapat di dalam bekas. Ini kerana, saiz bekas hanya boleh digunakan untuk mengukur isipadu cecair dengan unit bukan piawai (non-standard units). Isipadu cecair dapat diukur menggunakan unit piawai (standard unit) menggunakan silinder penyukat yang pelbagai saiz.

 Rajah 1: Siliner penyukat pelbagai saiz.